TH keluarkan surat tawaran haji panggilkan kedua 10 Mei lalu

TH keluarkan surat tawaran haji panggilkan kedua 10 Mei lalu

IDRIS Ahmad (duduk, tengah) bersama tetamu di majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri JPKK Mukim Trong di Bukit Gantang hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT GANTANG: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji)  telah mengeluarkan surat tawaran bagi panggilan kedua kumpulan jemaah haji Malaysia musim 2022 pada 10 Mei yang lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, panggilan tersebut dibuat sebaik sahaja tawaran panggilan pertama untuk menunaika haji ditutup sehari sebelumnya iaitu pada 9 Mei lalu.

“Pemilihan jemaah untuk panggilan kedua ini tetap mengikut prinsip ‘yang dahulu didahulukan’ sebagaimana panggilan kepada jemaah yang pertama.

“Pada 10 Mei lalu, kita telah membuat panggilan kedua, jumlah berapa orang yang dipanggil, itu saya tak ada jumlah yang tepat.,” ujarnya.- UTUSAN

“Namun ada yang kita panggil itu daripada beberapa orang yang ditolak pada panggilan pertama yang telah ditutup,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)  Mukim Trong di Dewan Penghulu Trong di sini hari ini.

Menurut Idris, sebanyak 14,306 surat tawaran tunai haji dikeluarkan TH melalui beberapa platform kepada bakal jemaah bagi musim 2022.

“Berikutan kesuntukan masa, semua yang menerima surat tawaran panggilan kedua diminta menjawab segera sama ada setuju atau tidak untuk menerima tawaran haji tahun ini dalam masa tujuh hari bekerja dari tarikh surat berkenaan,” katanya.

Mengulas mengenai penerbangan membawa jemaah haji, Idris berkata, jadual penerbangan sedia ada mungkin berganjak sehingga ke 4 Jun ekoran penurunan kuota haji.

Sementara itu, mengenai penggantungan loji sembelihan Thomas Food International (TFI) Lobethal, Australia berhubung isu daging import halal, Idris menegaskan perkara itu masih dalam siasatan menyeluruh pihak betkaitan.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)  tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak berhubung isu halal haram dan akan meneruskan usaha dalam mendapatkan bukti dakwaan pelanggaran prosedur penyembelihan syarikat terbabit,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan Malaysia menggantung serta-merta kelulusan yang diberikan kepada TFI  Lobethal, Australia sehingga satu hasil siasatan menyeluruh diperoleh berhubung kes dakwaan pelanggaran prosedur penyembelihan halal loji penyembelihan itu.

Perkara itu diputuskan sebulat suara dalam satu sidang khas antara Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan Department of Agriculture, Water and the Environment (DAWE), Australia. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya