Tempoh guru interim lanjut setahun lagi

Tempoh guru interim lanjut setahun lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tempoh perkhidmatan ribuan guru interim bagi lantikan pada 2019 lalu di semua institusi Kementerian Pendidikan seluruh negara dilanjutkan untuk setahun.

 Berita gembira tersebut dimaklumkan menerusi kenyataan ringkas kementerian berkenaan di sini hari ini, susulan beberapa isu melibatkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

 “Pelanjutan ini juga bagi membolehkan guru-guru terbabit dapat menyelesaikan urusan temuduga dan proses lantikan secara tetap untuk memenuhi syarat oleh pihak berkenaan,” katanya.

 Baru-baru ini, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Jidin memaklumkan bahawa guru interim berkhidmat di sekolah kerajaan bakal diberikan keutamaan bagi pelantikan tetap.

 Inisiatif terbaharu itu dilakukan bagi menampung segera kekosongan guru di banyak sekolah kementerian tersebut sama ada bersara wajib, meninggal dunia atau berhenti kerja lebih awal.

Kementerian Pendidikan berkata, bagi guru interim lantikan sebelum 2019 pula hendaklah memastikan syarat Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan dipenuhi.

 “Ini juga bagi membolehkan perakuan dapat dilaksanakan oleh pihak kementerian sebelum dikemukakan pula kepada SPP untuk urusan temuduga dan pelantikan tetap dibuat,” katanya.

 Sehubungan itu, kementerian berkenaan memberi jaminan sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik bagi menangani nasib isu guru interim di seluruh negara. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN