Tanah runtuh: Jalan Kampung Batu-Inas ditutup - Utusan Malaysia

Tanah runtuh: Jalan Kampung Batu-Inas ditutup

KEJADIAN tanah runtuh dan pokok tumbang di Jalan Kampung Batu-Inas menuju ke Kuala Pilah berhampiran Kampung Kabong, Kuala Pilah hari ini. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Jalan Kampung Batu-Inas menuju ke Kuala Pilah berhampiran Kampung Kabong, di sini ditutup untuk semua kenderaan dari kedua-dua arah berikutan kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian pokok tumbang dan tanah runtuh berkenaan kira- kira pukul 3.30 petang.

Bagaimanapun menurutnya, kejadian berkenaan mungkin berlaku lebih awal berikutan hujan yang agak lebat sejak tengah hari tadi.

“Kerja-kerja pembersihan sedang giat dilaksanakan oleh pasukan penyelamat dan agensi berkaitan.

“Buat masa ini, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif di Kampung Sri Repah, Tampin untuk ke Kuala Pilah mahupun Rembau berikutan laluan berkenaan masih sedang dinilai kesesuaiannya untuk dilalui bagi tujuan keselamatan,” katanya hari ini.

Sementara itu, seorang pengguna jalan raya, Khairil Roslan, 25, dia terpaksa berpatah semula ke laluan alternatif di Kampung Sri Repah, Tampin berikutan banyak pokok tumbang dan jalan runtuh di laluan berkenaan.

“Mungkin lebih 10 pokok tumbang dan saya antara pengguna jalan raya yang terpaksa berpatah balik. 

“Ini kejadian paling buruk pernah saya lihat sepanjang saya melalui kawasan ini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya