Tampar OKU, pengganggur didenda RM1,000 - Utusan Malaysia

Tampar OKU, pengganggur didenda RM1,000

MOHD. Hidayat Hamzah (tengah) didenda RM1,000 setelah mengaku bersalah mencederakan remaja lelaki orang kurang upaya (OKU) di Mahkamah Majistret Taiping hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Seorang penganggur didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan remaja lelaki orang kelainan upaya (OKU) pada  Sabtu lalu.

Mohd. Hidayat Hamzah, 22, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Nurfarah Syahidah Mohd. Nor.

Lelaki itu turut berdepan hukuman satu bulan penjara jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Hidayat didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada remaja lelaki berusia 13 tahun di Taman Tasik Taiping pada pukul 2.15 pagi, 7 Mei 2022.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nor Amalina Harun manakala tertuduh diwakili peguam Ng Wei Jun daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Tertuduh membayar denda berkenaan.

Terdahulu, rakaman video insiden itu tular di media sosial yang memaparkan suspek menampar remaja terbabit hingga mangsa dilihat terduduk menangis ketakutan sambil memegang basikal.

Kejadian itu dikatakan berpunca apabila suspek ingin meminjam basikal milik mangsa ketika remaja itu sedang beriadah sendirian di kawasan berkenaan. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya