Serius tangani isu haiwan ternakan berkeliaran - Utusan Malaysia

Serius tangani isu haiwan ternakan berkeliaran

HAIWAN ternakan lembu yang didapati berkeliaran di Jalan Rantau-Linggi dekat Pekan Air Kuning, Port Dickson sehingga mengganggu dan membahayakan pengguna jalan raya. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengusaha atau penternak lembu yang membiarkan haiwan ternakan mereka itu berkeliaran di jalan raya termasuk di taman-taman perumahan.

Yang Dipertua MPPD, Zamri Mohd. Esa berkata, pihaknya memandang serius isu tersebut yang boleh membahayakan pengguna jalan raya, oleh itu sejak tahun 2019 pihaknya telah menjalankan beberapa operasi menangkap haiwan ternakan termasuk lembu yang berkeliaran di daerah ini.

Menurut beliau, ini termasuk tangkapan sebanyak tujuh ekor lembu yang berkeliaran di Taman Wawasan, Lukut di sini hasil aduan orang ramai yang tular pada hari raya kedua lalu.

“Saya memandang serius isu lembu berkeliaran ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengusaha lembu. Pelbagai alasan diberikan oleh pengusaha lembu yang berkeliaran ini ketika soal siasat dilakukan.

“Bagaimanapun, tindakan kompaun tanpa rayuan tetap dikenakan kepada pemilik berkenaan. Mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri, denda dan kompuan berjumlah RM2,500 bagi lembu manakala RM1,000 bagi kambing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Penyerahan Lesen Penjaja dan Sesi Ramah Mesra Bersama Penyewa Tapak Penjaja di Bagan Pinang, di sini semalam.

Menurut Zamri, antara alasan yang sering diberikan oleh pengusaha lembu apabila ternakan mereka berkeliaran adalah kawasan pagar ternakan telah rosak dan lembu mereka bertindak agresif.

“Saya juga ada mencadangkan agar pemilik lembu yang sudah tidak mempunyai lokasi menternak lembu agar berubah kepada aktiviti perniagaan lain,” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu pihaknya juga akan menangani isu kera yang sering berkeliaran di beberapa lokasi orang awam seperti di Telok Kemang termasuk di persimpangan lampu isyarat memasuki bandar ini di Lebuh Raya Seremban-Port Dickson.

“Saya mendapat aduan terdapat kera yang mencederakan orang awam, termasuk isu kehilangan pakaian dan gangguan kera di kawasan perumahan. Walaupun ia di bawah bidang kuasa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) namun kami juga akan bekerjasama bagi memastikan isu ini selesai.

“Kami juga faham dengan keupayaan Jabatan Perhilitan dan kemudahan seperti sangkar yang agak terhad namun sekiranya ia tidak ditangani ia akan menyebabkan isu lain pula. Longgokan sampah juga antara faktor kehadiran kera-kera ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya