Semua isu penerbangan selesai- Ka Siong - Utusan Malaysia

Semua isu penerbangan selesai- Ka Siong

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua aduan berkaitan penjadualan semula dan kelewatan penerbangan telah dipulihkan manakala pesawat yang menghadapi masalah teknikal `direhatkan’.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, kementeriannya dan agensi di bawahnya akan terus memantau setiap perkhidmatan penerbangan bagi memastikan prosedur penyelenggaraan dan isu teknikal dipatuhi tanpa kompromi. 

Menurut beliau, pihak berkuasa  telah menegur pihak yang terlibat untuk memastikan pematuhan peraturan teknikal, ekonomi dan keselamatan. 

“Malah, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pengendali yang gagal berbuat demikian.

 “Dalam pada itu, adalah penting bagi syarikat penerbangan untuk menambahbaik saluran komunikasi di antara penumpang dan pelanggan bagi memastikan mereka menerima maklumat berhubung status penerbangan masing-masing,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini. 

Kata Ka Siong, sebelum ini, MOT dan agensi berkaitan penerbangan telah menerima dan menyiasat laporan penumpang mengenai kesulitan menggunakan perkhidmatan penerbangan. 

Kata beliau,  kerajaan bersimpati dengan nasib yang menimpa mereka dan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan syarikat penerbangan. 

 Menurutnya, setelah melakukan rundingan dan siasatan, syarikat penerbangan terbabit telah diarahkan untuk segera menyelesaikan isu teknikal yang dialami oleh penumpang. 

 “Kebanyakan aduan yang dibuat adalah berkait dengan trafik penumpang yang lebih tinggi daripada biasa semasa musim perayaan sehinggakan syarikat penerbangan terpaksa menggunakan sepenuhnya pesawat mereka untuk memenuhi permintaan. 

“Pesawat yang menghadapi masalah teknikal juga telah ‘direhatkan’ daripada perkhidmatan untuk penyelenggaraan yang lebih teliti,” katanya. 

Katanya, pihaknya meminta orang ramai untuk kekal tenang dan terus memberi maklum balas terperinci kepada syarikat penerbangan bagi menyelesaikan sebarang isu operasi yang berlaku.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya