Semak arah tepat kiblat esok petang

Semak arah tepat kiblat esok petang

TANGKAP layar infografik daripada laman sosial Planetarium Negara mengenai peristiwa Istiwa A’dzam petang esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Umat Islam di Malaysia boleh sekali lagi membuat semakan tepat arah kiblat dengan hanya melihat bayang-bayang tegak sinaran matahari pada pukul 5.18 petang esok (Sabtu).

Ia susulan fenomena dikenali sebagai Istiwa’ A’dzam atau kedudukan matahari berada pada titik zenith iaitu atas Kaabah di Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi pada waktu berkenaan.

 Bagaimanapun menurut hantaran infografik Planetarium Negara menerusi laman sosialnya,  peristiwa alamiah itu dijangka berlaku lewat dua minit, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya.

 Secara kelaziman ia terjadi pada pukul 5.16 petang waktu Malaysia atau 12.16 tengah hari waktu Arab Saudi, namun kali ini kejadian tersebut diunjurkan lambat selama dua minit.

 Peristiwa bersejarah itu laziman berlaku dua kali setahun dan jika terlepas, umat Islam masih ada peluang membuat semakan jitu kiblat pada pukul 5.28 petang 16 Julai ini.

 Proses penyemakan arah itu boleh dilaksanakan dengan menegakkan objek yang lurus di kawasan lapang ada menerima cahaya matahari dan kemudian perhatikan pula bayangnya.

 Garisan daripada bayang matahari tersebut, akan menunjukkan ke arah Kaabah dan seterusnya boleh ditandakan sebagai panduan rujukan khususnya untuk tujuan ibadah solat.

 Fenomena ini namun hanya bersesuaian diguna pakai untuk mana-mana kawasan di dunia yang secara kebetulan masih berada dalam bahagian waktu siang antaranya Malaysia.

 Kaedah Istiwa’ A’dzam dianggap antara cara alamiah paling berkesan untuk penentuan arah kiblat dan sering digunakan umat Islam sejak lebih 1,400 tahun lalu sebelum kompas dicipta.

 Ketika ini, ada pelbagai aplikasi moden dalam talian digunakan bagi merujuk arah Kaabah tetapi kaedah canggih itu mungkin ada juga khilaf akibat kesan pengaruh paksi magnet bumi.

 Keadaan ralat tersebut boleh mengakibatkan kedudukan kiblat tersasar kerana walaupun kecil perbezaan hanya satu darjah itu sebenarnya bersamaan dengan jarak sejauh 122 kilometer.

 Untuk tahun lompat yang bulan Februari ada 29 hari dan berulang setiap empat tahun, seperti 2020, fenomena ini berlaku pada 27 Mei pukul 5.16 petang dan 15 Julai pukul 5.28 petang. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya