Selangor tetapkan dasar baharu kilang kitar semula elak pencemaran

Selangor tetapkan dasar baharu kilang kitar semula elak pencemaran

HEE LOY SIAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menetapkan enam dasar dan larangan baharu berkaitan pengoperasian kilang dan premis memproses sisa plastik kitar semula bagi mengelak pencemaran di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Hee Loy Sian berkata, semua penetapan itu diluluskan menerusi mesyuarat majlis kerajaan negeri pada 20 April lalu.

 Katanya, pengimportan sisa plastik bagi pemerolehan kembali atau pelupusan akhir semua kilang yang menjalankan proses kitar semula adalah tidak dibenarkan.

  “Selain itu, lesen perniagaan baharu bagi kilang plastik kitar semula tidak akan diluluskan oleh pihak berkuasa dan semakan semula setiap lima tahun perlu dibuat pihak terlibat.

  “Kilang-kilang sedia ada yang mempunyai lesen perniagaan sah boleh terus beroperasi dan tertakluk kepada syarat Jawatankuasa Teknikal dan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya dalam kenyataan hari ini.

  Tambah Loy Sian, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan PBT turut perlu melaksanakan penguatkuasaan bersepadu serta pemeriksaan teliti bagi memastikan prosedur dipatuhi, malah pihaknya turut bersetuju menolak permohonan lesen sementara dan penyambungan bekalan elektrik sebuah syarikat memproses sisa plastik kitar semula di Sepang. 

  “Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira aduan penduduk dan siasatan selain kesan sisa plastik ke atas ekosistem dan kesejahteraan orang awam. Pelaksanaan larangan seumpama itu susulan isu pencemaran yang kerap berlaku dan aduan lambakan sisa plastik akibat pengurusan sisa tidak terkawal,” tegasnya.

  Dalam pada itu, jelasnya lagi, kerajaan negeri perlu mengambil kira aspek pengurusan sisa plastik dan menanganinya secara menyeluruh.

“Peningkatan import sisa plastik ke Malaysia oleh kilang dan premis tanpa had juga merupakan punca utama berlaku pencemaran. 

“Dengan adanya dasar ini, operasi penguatkuasaan oleh PBT dan agensi berkaitan akan dijalankan dengan lebih tegas termasuk larangan pemberian permit import sisa pembuangan dari luar negara ke kilang atau premis,” jelasnya.– UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya