Selangor, KL masih catat tiga angka kes Covid-19

Selangor, KL masih catat tiga angka kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,053 kes berbanding kelmarin, 922 kes sekali gus terus diatasi 4,107 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 547 kes diikuti Kuala Lumpur (113 kes), Pulau Pinang (60 kes) dan Negeri Sembilan (59 kes). 

Diikuti Johor (50 kes), Kedah (40 kes), Perak (37 kes), Sarawak (32 kes), Sabah (23 kes), Pahang (22 kes), Putrajaya (21 kes), Melaka (20 kes), Terengganu (14 kes), Kelantan (12 kes) manakala Perlis dan Labuan masing-masing dua kes.

Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan menurun kepada 363 orang berbanding kelmarin, seramai 313 orang manakala yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan peningkatan kepada 74 kes berbanding jumlah kelmarin, 69 kes.

Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan penurunan kepada 41 kes berbanding jumlah kelmarin, 46 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak 81 kluster yang masih aktif sekali gus menjadikan 7,010 keseluruhan kluster.

Dalam perkembangan berkaitan kematian Covid-19, tiga kes dilaporkan menjadikan dan jumlah kematian terkini sebanyak 35,567 kes. 

Selain itu, tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) yang menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,528 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya