Sejam tahan sakit, kaki tersepit di pedal kereta - Utusan Malaysia

Sejam tahan sakit, kaki tersepit di pedal kereta

BOMBA cuba mengeluarkan seorang wanita yang tersepit dalam kereta ketika nahas membabitkan dua kenderaan di Merlimau.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Seorang wanita terpaksa menahan sakit hampir sejam selepas tersepit dalam keretanya yang terlibat nahas membabitkan dua buah kenderaan di Merlimau di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.55 petang itu, mangsa berusia 26 tahun tersepit dalam kereta jenis Perodua Kancil yang dipandunya, sebelum berjaya dikeluarkan pasukan bomba.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Sofian Hasan berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 6.01 petang.

Katanya, sepasukan tujuh anggota bersama sebuah jentera kemudian dikejarkan ke lokasi dan tiba pada pukul 6.12 petang.

“Setiba di lokasi kita dapati seorang wanita tersepit di dalam kereta dipandunya selepas terlibat dalam nahas membabit sebuah lori satu tan.

“Pasukan mengambil masa sekitar 40 hingga 45 minit sebelum berjaya mengeluarkan dan diserahkan kepada pegawai perubatan untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa dipercayai mengalami kecederaan pada bahagian kaki akibat tersepit di pedal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya