Sebelum jadi hamba gajet - Shahrulezad - Utusan Malaysia

Sebelum jadi hamba gajet – Shahrulezad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penerbit dan pengarah, Shahrulezad berharap ibu bapa di luar sana dapat mendidik anak-anak agar tidak ketagih dengan permainan video.

Menerusi hantaran kandungan video yang dikongsikan di akaun Instagramnya, dia yang mesra di sapa Budak Ijat menyamakan sikap anak-anak yang obses dengan permainan berkenaan dengan ‘zombie’.

“Bagus!!! Kepada ibu bapa. Sebelum melarat anak itu jadi hamba gajet. Hidup macam zombie. Ayuh lakukan sesuatu kepada anak-anak kita,” katanya.

Sebelum itu Budak Ijat memuat naik sebuah video kanak-kanak yang ketagih permainan video.

Sebagai informasi, hasil kajian statistik Internet di Malaysia yang dilakukan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) mendapati ketagihan kanak-kanak terhadap permainan video adalah 47 peratus berbanding 28 peratus pada 2018.

Menjengah di ruangan komen, majoriti pengguna media sosial dan pengikut Budak Ijat senada bahawa ibu bapa perlu mendidik anak-anak dengan tegas.

“Boleh bagi telefon pintar tapi kena kawal pengguna had masa terutamanya ketika waktu makan. Pelbagai aktiviti keluarga, Insya-Allah,” komen seorang pengguna.

“Tengok anak buah saya sampai tak mandi dan makan. Sekali dapat temu duga badan seragam terus tak dapat main. Padan muka!,” komen lagi seorang pengguna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya