KOTA BHARU- Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCCC-ECRL) menyasarkan seramai 5,000 anak muda tempatan menyertai Program Latihan Kemahiran Industri (PLKI -ECRL).
Ketua Bahagian Strategi MRL, Zaidi Sharif berkata, setakat ini lebih 500 anak muda yang berjaya sejak ia diperkenalkan pada 2018
“Kekosongan yang ada sekarang 5,000 melibatkan 1,800 fasa pembinaan dan 3,200 fasa operasi dan program ini akan berakhir pada 2025.
“Program ini kita memberikan peluang latihan dan pekerjaan yang mana kita memberi jaminan kepada pelatih-pelatih yang berjaya menamatkan latihan di dalam program PLKI, iaitu pekerja mahir dalam kejuruteraan awam yang fokus kepada pembinaan kereta api,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Aidilfitri di Hote Perdana, Kota Bharu di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Pengarah Infra MRL Nor Rizan Md. Akhir.
Pada majlis itu anak yatim dan pelatih PLKI turut diraikan pada majlis tersebut.
Mengulas lanjut Zaidi berkata, daripada segi bidang latihan yang ditawarkan adalah tertumpu kepada pekerja-pekerja mahir di dalam bidang pembinaan.
Katanya, program selama dua bulan yang diadakan itu melibatkan latihan dan amali termasuk di tapak projek sebenar.
“Dengan adanya peluang ini, kita harap anak-anak tempatan di Panntai Timur untuk segera menawarkan diri bagi menyertai program ini.-
“Semuanya ditaja sepenuhnya oleh oleh pihak program ini selain diberi elaun sebanyak RM300 sebulan.
“Manakala mereka yang sudah diberi gaji bulanan RM1,800 hingga RM2,500,” katanya. – UTUSAN










