Rumah teres dua tingkat musnah terbakar - Utusan Malaysia

Rumah teres dua tingkat musnah terbakar

KEADAAN sebuah rumah teres di Taman Bunga Raya yang musnah dalam kebakaran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Bunga Raya dekat sini musnah dalam kebakaran hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 8.49 pagi tadi.

Menurutnya, seramai 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju, BBP Setapak dan BBP Gombak Selatan dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, kami mendapati berlaku kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat membabitkan bahagian ruang tamu yang terbakar 80 peratus.

“Kebakaran dapat dikawal daripada merebak ke rumah bersebelahan pada 9.07 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian itu dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN