Ribut petir, hujan lebat di utara, pantai timur hingga 9 malam - Utusan Malaysia

Ribut petir, hujan lebat di utara, pantai timur hingga 9 malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dijangka berlaku di beberapa tempat di bahagian utara dan pantai timur tanah air sehingga pukul 9 malam ini.

Menurut MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di kebanyakan tempat di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Terengganu, Sarawak dan Sabah.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Perlis; Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling); Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim); Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai).

“Selain itu, Terengganu (Besut dan Setiu); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran dan Kuantan); Sarawak: Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sarikei, Sibu dan Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat) dan Sabah: Pedalaman (Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran),” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Tambah MetMalaysia, amaran ribut petir itu adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya