Rezeki berterusan, tukang jahit terima tempahan baju raya rumah terbuka - Utusan Malaysia

Rezeki berterusan, tukang jahit terima tempahan baju raya rumah terbuka

NURZAYANI Zaharudin bersama pekerjanya menyiapkan tempahan pakaian pelanggan untuk digayakan sempena rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri tahun ini. – UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Walaupun sambutan Aidilfitri sudah lebih se­minggu diraikan, namun, seorang tukang jahit di sini masih lagi menerima tempahan baju raya daripada pelanggan.

Pemilik Bak’s Creation & Services, Nurzayani Zaharudin, 34, berkata, tempahan-tempahan tersebut diterimanya bagi kegunaan pelanggan yang mahu menggayakannya ketika menghadiri jemputan rumah terbuka.

“Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini seba­nyak 250 pasang baju berjaya kami siapkan malah dua minggu sebelum Ramadan saya sudah tidak menerima tempahan jahitan baju lagi.

“Bagaimanapun, saya tidak sangka selepas hari raya, saya masih menerima tempahan, malah, sehingga 50 pasang baju raya yang mahu digunakan pelanggan ke rumah terbuka,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia dekat Senawang di sini semalam.

Nurzayani yang dibantu tiga pekerja, selain tukang jahit separuh masa dan pelajar bagi menyiapkan tempahan memberitahu, Aidilfitri kali ini, dia banyak menerima tempahan baju jenis Kurung Pahang dan Kebarung.

“Kebanyakan pelanggan menempah baju kurung jenis Kurung Pahang dan Kebarung dan paling ramai menempah pakaian berwarna hijau zamrud (emerald) dan hitam.

“Harga khidmat jahitan bagi sepasang baju kurung saya kenakan sebanyak RM90 manakala bagi baju kurung Kebarung pula adalah RM120 dan tempahan sulam bermula pada harga RM50 hingga RM200,” katanya yang turut menerima tempahan baju sempena Hari Raya Aidil­adha pada Julai depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya