Ramai terkejut Hari Raya Aidilfitri esok - Utusan Malaysia

Ramai terkejut Hari Raya Aidilfitri esok

SYED DANIAL SYED AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING: Ramai yang terkejut apabila Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan Hari Raya Aidilfitri disambut umat Islam di Malaysia esok.

Ia susulan ramai yang menjangkakan tarikh Hari Raya Aldifitri jatuh pada 3 Mei ini.

Tinjauan di media sosial mendapati ramai yang kelam-kabut dan mula menaikkan status di media sosial masing-masing bertanya antara satu lain bagi mendapat juadah untuk hari raya.

Selain, juadah ada yang menyatakan belum bersedia mengosok dan memasang butang baju raya.

Bagaimanapun, dalam keadaan kelam-kabut itu, ada juga pengguna Facebook yang menawarkan daging lembu yang akan disembelih malam ini.

Terdapat juga dalam kalangan warganet yang memuat naik status baru mengemas pakaian untuk bertolak ke kampung.

Rakyat Malaysia akan bersama-sama Indonesia, Thailand dan Arab merayakan Aidilfitri pada Isnin tetapi negara jiran Singapura mengumumkan republik itu akan menyambut 1 Syawal 1443H/2022 pada 3 Mei. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya