Rakyat Malaysia sentiasa patuh SOP - Utusan Malaysia

Rakyat Malaysia sentiasa patuh SOP

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: ‘Tahniah rakyat Malaysia’.

Demikian kata-kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin terhadap sikap rakyat Malaysia yang masih mengekalkan pemakaian pelitup muka semasa berada di kawasan umum, baik semasa pandemik sehingga peralihan ke fasa endemik.

Untuk itu beliau mengucapkan tahniah kepada masyarakat kerana sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) menandakan mereka sudah tahu bagaimana untuk hidup dengan Covid-19 atau kebiasaan baharu itu.

Menurut beliau, masyarakat sentiasa tahu dan sedar jika diri mereka mengalami gejala, mereka tidak akan keluar dari rumah atau bercampur dengan masyarakat bagi mengisolasi diri sebagai langkah berjaga-jaga.

“Nampak rakyat Malaysia memang ada kemampuan untuk menjayakan peralihan ke endemik ini, tidak perlu lagi kita menguatkuasakan undang-undang atau hantar notis kompaun.

“Sebab saya nampak berbanding dengan negara lain, mungkin mereka longgar dari segi SOP tetapi kita masih mengamalkan pemakaian pelitup muka iaitu satu perisai yang penting,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Hari Asma Sedunia 2022 di sini hari ini.

Khairy berkata, ini dijayakan dengan kadar vaksinasi yang tinggi, bukan lagi soal jumlah kes tetapi lebih kepada kesan buruk daripada jangkitan Covid-19.

“Vaksinasi ini membantu untuk mengurangkan kesan tersebut, sekarang pun bila kita lihat hospital tidaklah penuh dengan pesakit Covid-19, banyak kes lain dapat diselesaikan.

“Ini saya lihat adalah kejayaan rakyat Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya