KUALA LUMPUR: “Dia tak ada media sosial,”
Demikian jawapan ringkas pelakon Que Haidar apabila disoal netizen tentang media sosial anak-anaknya.
Disebabkan itu, Que memaklumkan dia tidak keberatan untuk memberi anak-anak menggunakan media sosialnya.
“Pinjamlah daddy punya… daddy okey saja,” tulis Que.
Dalam pada itu, netizen terhibur dengan kebolehan menari yang ditunjukkan anak-anak pelakon berkenaan menerusi satu rakaman yang dimuat naik di Instagramnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji bakat tarian yang dimiliki puteri cantiknya itu.
Sebagai informasi, Que mendirikan rumah tangga pada 2010 bersama guru tari terkenal, Linda Jasmine.
Pasangan tersebut dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan dan seorang anak tiri yang kini berusia 22 tahun.