Pusat pelupusan sampah jana elektrik bakal dibina

Pusat pelupusan sampah jana elektrik bakal dibina

RAMLI Mohd. Tahir (tengah) bersama Exco Selangor, Ng Sze Han (kiri) bergambar bersama para tetamu yang hadir di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KDEBWM 2022 di Shah Alam, Selangor, hari ini. - FOTO/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penjanaan tenaga elektrik melalui pelupusan sampah akan dilaksanakan menerusi pembinaan sebuah pusat di Rawang.

Cadangan perolehan tenaga elektrik tersebut sudah pun disampaikan oleh KDEB Waste Management (KDEBWM) kepada kerajaan negeri sebagai salah satu sumber boleh diperbaharui yang dalam masa sama memelihara alam sekitar.

Pengarah Urusannya, Ramli Mohd. Tahir berkata, kaedah yang menghasilkan tenaga elektrik yang dipanggil Waste To Energy (WTE) itu menggunakan teknologi daripada negara Jerman.

“Kerajaan negeri secara prinsipal bersetuju dengan cadangan ini, namun masih banyak kerja perlu dilakukan bagi merealisasikan kewujudan pusat tersebut, mengenal pasti kawasan yang sesuai bagi membangunkan pusat ini, rekaan pusat tersebut dan sebagainya.

“Selain itu, sesi libat urus di antara pihak berkepentingan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan penduduk sekitar kawasan yang akan dijadikan pusat itu akan dibuat sebelum pusat itu dibina,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KDEBWM 2022, di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai pusat tersebut, pusat yang bakal dibina itu dapat memproses kira-kira 2,000 tan sampah sehari yang dapat menjana 36 ke 40 megawatt tenaga elektrik.

Menurut Ramli, anggaran sebanyak RM500 juta hingga RM1 bilion dijangka perlu dibelanjakan untuk membina pusat tersebut.

“Namun, dengan adanya pusat ini, kita boleh mengurangkan lagi jumlah bilangan sampah dilupuskan secara konvensional pada masa akan datang.

“Kita harus bergerak ke hadapan dan menggunakan teknologi baharu pelupusan sampah yang sedia ada,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya