Punca kematian pelajar UUM di asrama belum diketahui - Utusan Malaysia

Punca kematian pelajar UUM di asrama belum diketahui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Polis masih menunggu laporan bedah siasat berhubung kematian seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), S. Vinosiny di asrama pusat pengajian tinggi itu, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kematian pelajar berumur 21 tahun itu dan  setakat ini mengklasifikasikannya sebagai kematian mengejut.

 Menurut beliau, siasatan awal mendapati pelajar tersebut diserang sawan, namun pihaknya masih menanti laporan kimia berhubung kematian tersebut.

Dalam pada itu, UUM menerusi satu kenyataan memberitahu, mahasiswi tersebut merupakan pelajar semester empat, Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat).

Menurut kenyataan itu, pihak universiti masih menunggu laporan penuh bedah siasat dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

“Sebagai tanda keprihatinan, UUM akan membantu meringankan beban keluarga mendiang dengan menyalurkan bantuan bersesuaian yang diperlukan keluarga tersebut.

“Naib Canselor serta seluruh warga UUM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya