PRU15: BN ada peluang rampas kerusi Parlimen Port Dickson

PRU15: BN ada peluang rampas kerusi Parlimen Port Dickson

MOHD. Isa Abdul Samad (tengah) semasa menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Ketua UMNO Bahagian Port Dickson yang juga Pengerusi BN Parlimen Port Dickson, Datuk Mohd. Faizal Ramli (kanan) di Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam. - FOTO/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Barisan Nasional (BN) berpeluang untuk memenangi sekali gus merampas kembali kerusi Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Veteran politik yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, situasi berkenaan boleh dijelmakan dengan syarat kesemua anggota parti sama ada parti komponen dan Friends of BN Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dapat bersatu dan menerima individu yang akan dipilih menjadi calon kelak.

“Parti mana perlu bertanding di Telok Kemang (Port Dickson) ini bukan keputusan yang boleh kita buat, lebih baik kita ikut keputusan BN. Kalau kita kata parti ini bertanding, jadi nanti sekiranya tidak terpilih, akan timbul masalah dalam kalangan ahli parti.

“Kita tidak mahu menghadapi pilihan raya akan datang ni, kita berpecah, sebab peluang menang itu ada di Port Dickson ini. Kalau nak semua parti bersatu, semua parti jaga ahli masing-masing, yang beribu-ribu, pastikan dahulu ahli itu menyokong, insya-Allah kita menang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Ketua UMNO Bahagian Port Dickson yang juga Pengerusi BN Parlimen Port Dickson, Datuk Mohd. Faizal Ramli, di sini semalam.

Mohd. Isa menambah, BN bukan sahaja berpeluang untuk memenangi kerusi di Parlimen Port Dickson malah beberapa lagi kerusi yang tewas sebelum ini, sekali gus dapat membentuk kerajaan selepas PRU15.

“Kali ini saya berharap bukan di Port Dickson sahaja tetapi di seluruh negara, sesiapa yang dipilih jadi calon oleh pucuk kepemimpinan parti, terima sahajalah, yang tidak dapat, anggap tiada rezeki dan jangan meragam.

“Ramai pengundi memaklumkan kepada saya, mereka tersilap dahulu dan mahu kembali menyokong BN, jadi kita kena bersedia. Jangan tunjukkan kita ada banyak masalah sehinggakan orang yang tidak berparti yang mahu mengundi kita akan tidak undi kita sebab kita ada banyak masalah,” katanya.

Kerusi Parlimen Port Dickson kini disandang oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beliau memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu yang diadakan pada 13 Oktober 2018. Anwar memenanginya dengan majoriti 23,560 undi dalam pertembungan dengan enam calon lain termasuk Mohd. Isa yang bertanding atas tiket Bebas.

PRK tersebut dijalankan selepas selepas penyandangnya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, mengosongkan kerusi itu pada 12 September 2018.

Sementara itu, Mohd. Isa yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan berkata, walaupun bukan lagi ahli UMNO, beliau sentiasa menyokong parti itu malah beliau menyifatkan dirinya sebagai keturunan UMNO.

“Saya tidak jadi ahli UMNO lagi, tetapi saya sokong UMNO, PRN di Melaka dan Johor, saya pergi, saya kempen untuk UMNO, mungkin ada orang UMNO tidak pergi kempen, saya yang tidak UMNO pergi kempen,” katanya.

Mohd. Isa pada 2018 telah mengumumkan keluar dari UMNO kerana mahu bertanding dalam PRK Port Dickson selepas UMNO pada ketika itu tidak meletakkan calon untuk bertanding. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya