PRU-15: UMNO Terengganu janji bina LPT3 - Utusan Malaysia

PRU-15: UMNO Terengganu janji bina LPT3

AHMAD Said (tengah) ketika berucap dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Hulu Terengganu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: UMNO Terengganu berjanji akan mempercepatkan pelaksanaan projek Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) sejauh 150 kilometer dari Gemuruh, Kuala Terengganu ke Tumpat, Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Said berkata, jika tidak sempat direalisasikan semasa PRU-15 yang dijangka pada Oktober depan, maka projek berkenaan akan dilaksanakan akhir tahun ini.

“Saya sudah berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, insya-Allah kalau sempat kita buat akhir tahun ini atau pada PRU,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Hulu Terengganu di sini hari ini.

LPT3 diluluskan pembinaannya pada 2019 dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM35 juta bagi kerja-kerja awalan.

Projek berkenaan bakal memberikan impak besar kepada Kelantan dalam mewujudkan satu koridor ekonomi baharu di pesisiran pantai sekali gus membantu melonjak kemajuan Pelabuhan Tok Bali.

Dalam masa sama, pembangunan projek itu mampu menjimatkan masa perjalanan, meningkatkan nilai hartanah dan memacu pertumbuhan  terutama di kawasan yang terletak berhampiran jajaran LPT3.

Tiga daerah di Terengganu yang terlibat dengan projek itu ialah di Kuala Terengganu, Setiu dan Besut manakala di Kelantan pula Pasir Putih, Bachok, Pasir Mas, Kota Bharu dan Tumpat.

Sementara itu, Ahmad yang juga bekas Menteri Besar memberi jaminan UMNO akan merancakkan lagi pertumbuhan di tasik buatan manusia terbesar di rantau Asia, Tasik Kenyir agar destinasi pelancongan berkenaan gah di peringkat dunia.

“Sebab itu saya minta kita kembali memerintah Terengganu demi melihat negeri ini terus dibangunkan dan dimajukan.

“Kita sudah ketinggalan 10 tahun selama ini, jangan kita biar pisang berbuah dua kali,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya