PRU-15: Amanah mahu tandingi banyak kerusi, capai kemenangan maksimum - Utusan Malaysia

PRU-15: Amanah mahu tandingi banyak kerusi, capai kemenangan maksimum

MOHAMAD Sabu bersama Dr. Roslan Ahmad (dua dari kiri) ketika Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Amanah Parlimen Tasek Gelugor di Sungai Dua, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Parti Amanah Negara (Amanah) belum memutuskan jumlah kerusi yang akan ditandingi di peringkat pusat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, ketika ini perundingan mengenainya baru sahaja bermula dan belum ada kata putus yang diambil.

“Hasrat kita nak bertanding banyak (kerusi), tapi yang penting ialah kita nak capai kemenangan maksimum,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Amanah Parlimen Tasek Gelugor di Sungai Dua, dekat sini.

Berhubung kemungkinan berlakunya pertindihan kerusi sesama parti pembangkang seperti di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada PRU-15 nanti, kata beliau, perkara itu sebenarnya boleh diatasi.

“Kita akan terus berunding sebab selalunya perundingan kerusi ini panjang dan akan berakhir dekat hari-hari mengundi.

“Apa yang penting ialah kita nak turun ke bawah untuk uar-uarkan supaya orang keluar mengundi kerana berdasarkan dua PRN yang lalu (Melaka dan Johor), peratus yang keluar mengundi amat kecil. Jadi, kita kena yakinkan rakyat bahawa sistem demokrasi berparlimen (di Malaysia) mesti dipulihkan,” kata bekas Menteri Pertahanan itu.

Sementara itu, di peringkat Pulau Pinang, Pengerusi Amanah negeri, Dr. Roslan Ahmad berkata, pihaknya memutuskan untuk bertanding di dua kerusi Parlimen serta lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU-15.

Katanya, keputusan itu dipersetujui hasil perbincangan dengan sekretariat Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Menurut beliau, bagi kawasan Parlimen, kerusi yang akan ditandingi ialah Kepala Batas dan Tasek Gelugor manakala lima kerusi DUN yang menjadi sasaran Amanah Pulau Pinang ialah Sungai Dua, Permatang Berangan, Penaga serta dua kerusi yang sedang disandang oleh parti itu ketika ini iaitu Permatang Pasir dan Bayan Lepas.

“Kita harap pelancaran (jentera) ini akan memberikan semangat untuk mempersiapkan jentera parti dan sebagainya (lebih awal) dalam menghadapi PRU-15,” katanya.

Pada PRU-14, Amanah bertanding di kerusi Parlimen Kepala Batas dan tiga kerusi DUN iaitu Sungai Dua, Permatang Pasir dan Bayan Lepas.

Bagaimanapun, hanya kerusi DUN Permatang Pasir dan Bayan Lepas menjadi milik mereka ketika itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya