Projek tembok laut di Padang Kota Lama siap sepenuhnya

Projek tembok laut di Padang Kota Lama siap sepenuhnya

CHOW Kon Yeow (empat dari kanan) meninjau kawasan tembok laut selepas majlis perasmian projek pengukuhan dan penambahbaikan tembok laut di Padang Kota Lama, Georgetown, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pengunjung di Padang Kota Lama di sini kini boleh menikmati pemandangan pesisir pantai di kawasan berkenaan dengan lebih selesa selepas projek pengukuhan dan penambahbaikan tembok laut Padang Kota Lama siap sepenuhnya.

Projek yang menelan belanja RM12.9 juta sepanjang kira-kira 570 meter dari Medan Selera Renong ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia itu mula dibina pada 2016.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, projek pengukuhan dan penambahbaikan tembok laut itu merupakan salah satu projek yang menzahirkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap keperluan infrastruktur dan kemudahan awam yang selamat serta selesa kepada rakyat.

“Kos keseluruhan dibiayai Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), selain tambahan sebanyak RM1.4 juta lagi daripada kerajaan negeri untuk projek ‘linear garden’ yang akan dilaksanakan tahun ini oleh MBPP,” katanya selepas merasmikan projek itu di sini hari ini.

Mengulas lanjut Kon Yeow berkata, kerajaan negeri juga sedang giat menaik taraf dan meluaskan rangkaian ruang serta kemudahan awam bagi meningkatkan ketersambungan interaksi sosial di seluruh kawasan tumpuan di negeri ini termasuk di Georgetown. 

“Inisiatif ini dipertanggungjawabkan kepada Georgetown Conservation Devalopme Corporation (GTCDC) sejak 2016 adalah berdasarkan North Seafront Master Plan iaitu pelan induk yang bertujuan menaik taraf ruang awam yang menarik serta inklusif untuk semua di dalam Rancangan Kawasan Khas Georgetown. 

“Pelan induk ini melibatkan kira-kira 14 projek dengan kos keseluruhan sebanyak RM140 juta yang dibiayai oleh kerajaan negeri, MBPP dan Think City secara bersama,” katanya.

Tambah beliau, daripada 14 projek tersebut (projek fizikal dan projek kajian), 10 daripadanya telah disiapkan setakat ini dengan penglibatan pelbagai agensi dan jabatan negeri termasuk projek tembok laut di Padang Kota dengan kerjasama MBPP.

“Selain projek tembok laut, beberapa projek-projek utama sedang dalam pelaksanaan di bawah pelan induk ini termasuk projek konservasi Kota Cornwallis yang memartabatkan pemuliharaan Bangunan Warisan Kategori Satu. 

“Terdapat juga projek-projek yang melibatkan naik taraf laluan pejalan kaki di Lebuh Light serta di kawasan sekitar North Seafront bagi memastikan setiap kawasan tumpuan adalah dihubungkan dengan baik dan terancang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya