Polis Cheras nafi anggota salah guna kuasa

Polis Cheras nafi anggota salah guna kuasa

MUHAMMAD IDZAM JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menafikan anggotanya menyalah guna kuasa ketika menahan orang awam di sebuah gerai makan di Jalan Cheras Utama di sini pada Sabtu lalu.

Tindakan anggota berkenaan telah ditularkan menerusi satu hantaran di aplikasi Twitter yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata,semakan mendapati, lelaki di dalam rakaman berkenaan merupakan anggota Balai Cheras yang sedang menjalankan tugas rondaan cegah jenayah.

Kata beliau, ketika penugasan berkenaan, anggota itu telah mengesan seorang lelaki disyaki membeli nombor ekor haram dalam talian dengan menggunakan aplikasi WhatsApp pada pukul 2.30 petang.

“Ketika pihak polis mahu memeriksa telefon bimbit secara terperinci, individu tersebut tidak memberi kerjasama dan beredar dari tempat tersebut dengan menaiki kereta ke rumah saudaranya.

“Berikutan itu, anggota polis berkenaan telah maklum dan meminta bantuan Ketua Balai Polis Cheras sebelum pegawai yang hadir ke rumah tersebut telah menerangkan tujuan dan membawa individu berkenaan ke Balai untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Muhammad Idzam, hasil pemeriksaan ke atas telefon bimbit individu tersebut mendapati aplikasi WhatsApp telah dinyah pasang menyebabkan bukti berkaitan pembelian nombor ekor haram dalam talian tidak dapat diperolehi.

“Setelah selesai proses dokumentasi, individu tersebut telah dibebaskan tanpa syarat dan satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya