PN kalah jika letak calon tak sesuai di Bagan Serai - Pesuruhjaya Pas Perak - Utusan Malaysia

PN kalah jika letak calon tak sesuai di Bagan Serai – Pesuruhjaya Pas Perak

WAN AHMAD FAYHSAL WAN AHMAD KAMAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Perikatan Nasional (PN) mungkin kalah di Parlimen Bagan Serai dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) jika meletakkan calon yang tidak sesuai.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria yang mengulas tindakan Pas Bagan Serai menolak Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang mahu bertanding Parlimen di sini berkata, bantahan itu ada sebabnya.

Menurutnya, Pas Bagan Serai sudah pasti mempunyai rasional yang tersendiri dalam mengemukakan pendapat berhubung soal calon PN di Parlimen itu dalam PRU-15.

Katanya, untuk PN menang banyak kerusi pada PRU-15, gabungan itu mesti meletakkan calon yang boleh menang di Parlimen Bagan Serai.

“Kita memikirkan kalau tiba-tiba datang ke sini calon yang tidak kena,maka mungkin calon itu akan menyebabkan kekalahan.

“Besar kemungkinan perkiraan mereka (Pas Bagan Serai) Wan Ahmad Fayshal bukanlah calon sesuai yang boleh mendorong kepada kemenangan PN pada PRU-15 nanti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program melepaskan benih ikan baung di Tasik Bukit Merah di Kampung Tepi Kolam di sini hari ini.

RAZMAN Zakaria (tengah) pada program melepaskan benih ikan baung di Tasik Bukit Merah di Kampung Tepi Kolam di Bagan Serai hari ini. – UTUSAN/WAT KAMAL ABAS

Menurutnya, faktor calon bagi mewakili PN di Parlimen Bagan Serai mestilah yang boleh menyumbang kepada kemenangan dan bukannya kekalahan.

Katanya, pandangan Pas Bagan Serai itu ada rasionalnya dan tentunya telah membuat analisis di lapangan sebelum mengemukakan pendapat mereka hingga ke peringkat pusat.

“Kita andaikan begini, sebagai contoh sekiranya seramai 200 orang ahli Pas di Parlimen ini menolak calon yang tidak sesuai pada hari mengundi, apa akan jadi? Bukankah itu sudah boleh menyumbang kepada kekalahan,” katanya.

Sebelum ini, Pas Bagan Serai bertegas menolak Wan Ahmad Fayhsal yang mahu bertanding di Parlimen ini dalam PRU-15.

Yang Dipertua Pas Bagan Serai, Abdul Aziz Abdul Majid berkata, sebab utama ialah Wan Ahmad Fayhsal turun ke Bagan Serai tanpa sebarang mandat daripada PN sama ada peringkat pusat mahupun negeri.

Kata Abdul Aziz, sejak Julai lalu, Pas Perak telah beri bayangan mahu bertanding di kerusi Parlimen Serai berdasarkan fakta dan mempunyai kelebihan untuk menang berbanding jika calon dari parti lain mewakili PN di Parlimen Bagan Serai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya