PM ucap Selamat Hari Bomba Sedunia

PM ucap Selamat Hari Bomba Sedunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan Selamat Hari Bomba Sedunia kepada seluruh anggota pasukan itu yang menjadi antara tunjang barisan hadapan Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri berkata, beliau bangga kerana mempunyai pasukan Bomba dan Penyelamat yang sentiasa komited dalam menggalas tanggungjawab demi keselamatan Keluarga Malaysia.

“Siap siaga pada setiap bencana, marak api mereka tawan, untuk menyelamatkan Keluarga Malaysia demi tugas yang diamanahkan.

“Terima kasih kepada anggota bomba dan penyelamat negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Jelas Ismail Sabri, anggota bomba dan penyelamat adalah wira kebanggaan negara, barisan hadapan yang sentiasa bersedia tanpa mengira waktu membantu Keluarga Malaysia yang memerlukan pertolongan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya