Pesakit Covid-19 kurang, PKRC ZWT di MAEPS bakal ditutup - Utusan Malaysia

Pesakit Covid-19 kurang, PKRC ZWT di MAEPS bakal ditutup

NOOR Hisham Abdullah menyampaikan sumbangan kepada pesakit pada Majlis Sambutan 1 Syawal Hospital Putrajaya. - UTUSAN/SITI AISYAH SUKAIMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Zon Wilayah Tengah (PKRC ZWT) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang dijangka ditutup pada bulan ini susulan pesakit Covid-19 terus berkurangan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebagai kesiapsiagaan, dua hospital iaitu Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan Hospital Putrajaya akan disediakan PKRC di situ.

“Pesakit di PKRC ZWT ada tetapi berkurangan jadi, akan ditutup pada bulan ini juga. Kita juga sudah siapkan PKRC di HTAR dan Hospital Putrajaya melibatkan 20 katil (di kedua-dua hospital) tetapi masih tidak digunakan kerana pesakit kurang.

“Kalau kita lihat, 99.5 peratus kes dikesan melibatkan kategori satu dan dua manakala, kemasukan kes bagi kategori tiga, empat dan lima amat berkurangan, jadi kita masih ada kemampuan terima pesakit,” katanya pada Majlis Sambutan 1 Syawal Hospital Putrajaya di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pembukaan PKRC di HTAR dan Hospital Putrajaya adalah kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Mercy Malaysia termasuk dari segi penyediaan khemah dan peralatan.

Terdahulu PKRC MAEPS dibuka pada 16 April 2020 susulan kes Covid-19 yang meningkat bagi kategori satu dan dua sebelum ditutup pada 15 Julai tahun sama.

Ia dibuka semula pada Disember 2020 berikutan kes Covid-19 yang meningkat seterusnya dinaik taraf sebagai PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 pada 24 Januari tahun lalu dengan menerima pesakit kategori tiga dan empat.

PKRC tersebut kemudian ditutup pada 8 Februari lalu namun terpaksa dibuka semula susulan penularan Omicron pada 25 Februari. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN