Pesakit Covid-19 masuk wad meningkat

Pesakit Covid-19 diwadkan meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,242 kes berbanding kelmarin, 1,275 kes sekali gus terus diatasi 2,599 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 438 kes diikuti Kuala Lumpur (284 kes), Pulau Pinang (100 kes), Perak (64 kes), Kedah (61 kes) dan Melaka (57 kes).

Diikuti Johor (50 kes), Negeri Sembilan (43 kes), Sarawak (34 kes), Pahang (27 kes), Sabah (26 kes),  Terengganu (19 kes), Putrajaya (17 kes), Kelantan (15 kes), Perlis (14 kes) dan Labuan hanya dua kes.

Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan meningkat kepada 455 orang berbanding kelmarin, seramai 373 orang manakala yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan peningkatan kepada 76 kes berbanding jumlah kelmarin, 66 kes.

Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan turut merekodkan peningkatan kepada 39 kes berbanding jumlah kelmarin, 36 kes

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak 75 kluster yang masih aktif bersamaan jumlah semalam sekali gus menjadikan 7,010 keseluruhan kluster.

Dalam perkembangan berkaitan kematian Covid-19, tujuh kes dilaporkan menjadikan dan jumlah kematian terkini sebanyak 35,576 kes. Selain itu, dua kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) yang menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,530 kes. – UTUSAN

 

 End

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya