Perkhidmatan tram Melaka, satu lagi 'projek gajah' putih? - Utusan Malaysia

Perkhidmatan tram Melaka, satu lagi ‘projek gajah’ putih?

KHOO POAY TIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Perancangan kerajaan negeri bagi mewujudkan perkhidmatan tram di negeri ini adalah sesuatu yang membimbangkan kerana ia tidak berlandaskan sebarang kajian teknikal dan kebolehlaksanaan.

Membangkitkan hal itu, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, cadangan berkenaan pastinya melibatkan kos amat besar dan projek monorel yang nyata telah gagal berulang-kali perlu dijadikan sandaran.

Katanya, kerajaan negeri harus mengurangkan ketaksuban terhadap projek-projek mega yang bersifat ‘gajah putih’ seperti itu dan lebih baik memfokuskan kepada keperluan dan kesejahteraan asas penduduk.

“Tiada maklumat terperinci mengenai cadangan projek ini. Di manakah lokasi pembinaan landasan tram ini? Berapakah kos yang terlibat? Bagaimana ia akan dibiayai? Adakah Bandar Melaka mempunyai kepadatan yang cukup untuk mewajarkan kelangsungan perkhidmatan tram ini?

“Tidak dinafikan bahawa Melaka mengalami masalah kesesakan jalan raya yang amat serius. Pembangunan awam amat dialu-alukan untuk mengatasi masalah ini, namun ia haruslah berlandaskan perancangan yang sesuai.

“Di Melaka, perkhidmatan asas seperti bas awam pun telah gagal dibangunkan oleh kerajaan negeri sehingga syarikat bas berhutang dan bas-bas terbengkalai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Selasa lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, cadangan perkhidmatan tram Bandar Melaka merupakan antara inti pati perbincangan ketika hadir bertemu Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam di Istana Melaka di sini.

Menurut Ka Siong, antara perkara yang dibincangkan termasuk mengenai pembangunan pesat dalam sektor pelancongan kesihatan Melaka yang mendorong projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam perlu dipercepatkan.

“Pembangunan pembesaran Pelabuhan Tanjung Bruas, cadangan perkhidmatan tram di Bandar Melaka yang sedang dirancang oleh kerajaan negeri, pembangunan Marina Melaka serta pembangunan maritim dan sektor pelabuhan di Melaka secara amnya,” katanya dalam kenyataan di laman sosial Facebooknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya