Percepat PRK Bugaya, rakyat perlukan wakil rakyat

Percepat PRK Bugaya, rakyat perlukan wakil rakyat

RAMLEE MARHABAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Datuk Ramlee Marhaban mahu Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya disegerakan demi kepentingan rakyat di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, sudah agak lama kawasan itu tidak mempunyai wakil rakyat jadi diharap PRK DUN Bugaya dapat dipercepatkan.

“Mudah-mudahan ia dapat dilaksana segera, jangan sampai tamat tempoh sehingga ia tidak dapat dilaksanakan.

“Saya agak risau kerana ini dahulu kawasan saya dan sampai sekarang masih tidak mempunyai wakil rakyat jadi, tentunya rakyat rasa kehilangan,” katanya ketika ditemui hari ini.

Beliau berkata, jika sebelum ini, Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sarawak, Melaka dan Johor boleh diadakan jadi, beliau bimbang kerana PRK Bugaya ini ditangguh begitu lama.

Mengulas lanjut katanya, beliau kini mahu berehat dan mungkin tidak akan membuat kemunculan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kerana beliau sudah mencurahkan khidmat semasa menjadi wakil rakyat dahulu.

“Jadi, sudah sampai masanya kita memberi laluan kepada yang lain, mungkin ada calon yang lebih baik daripada kita.

“Saya mahu memberi laluan kepada rakan-rakan yang kini menguruskan parti. Saya juga jarang balik ke kawasan kerana bimbang kehadiran saya menimbulkan persepsi yang bukan-bukan, lebih baik saya berehat,” katanya.

Menurut beliau, masih ramai pemimpin muda yang boleh diketengahkan.

Pada PRU-14, Ramlee bertanding di kerusi Parlimen Semporna namun kalah kepada Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Walau bagaimanapun katanya, sekiranya diperlukan untuk membantu jentera parti pada PRU-15, beliau akan turun membantu kerana DNA UMNO sudah lama mengalir dalam dirinya.- UTUSAN 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya