Pengawal keselamatan wanita maut langgar lari

Pengawal keselamatan wanita maut langgar lari

KEADAAN mayat Zaiton Ismail yang maut setelah terlibat dalam kejadian langgar lari di Kilometer 44, Jalan Alor Setar – Butterworth berdekatan Kampung Sungai Tok Pawang, Bedong, Sungai Petani, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang pengawal keselamatan wanita maut selepas motosikal ditungganginya terlibat dalam kejadian langgar lari di Kilometer 44, Jalan Alor Setar-Butterworth berdekatan Kampung Sungai Tok Pawang, Bedong, di sini hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 6.30 pagi itu, Zaiton Ismail, 49, yang tinggal di Taman Lembah Jerai, Gurun, dekat sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kemalangan tersebut dipercayai.membabitkan tiga kenderaan iaitu sebuah lori, motosikal dan kereta.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS150R dari arah Gurun ke Bedong bertembung sebuah lori di tempat kejadian.

“Pemandu kereta jenis Perodua Kancil yang datang dari arah sama dengan motosikal terbabit pula cuba mengelak ke kanan jalan, namun hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, tiada sebarang kesan yang menunjukkan jenis kenderaan yang melanggar mangsa dan arah pergerakannya namun berdasarkan kerosakan motosikal mangsa, pihaknya percaya kenderaan terbabit adalah sebuah lori.

“Kemalangan tersebut telah menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadiaan manakala pemandu Perodua Kancil tidak cedera,” ujarnya.

Beliau berkata, usaha mencari dan mengesan kenderaan yang melanggar mangsa masih diteruskan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya