Pengasuh cakar pipi, pukul bayi 11 bulan 

Pengasuh didakwa cakar pipi, pukul bayi 11 bulan 

NABILAH Md. Johan diiring keluar anggota polis selepas dituduh di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka kerana mendera bayi perempuan berusia 11 bulan. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mendera bayi perempuan berusia 11 bulan dengan mencakar pipi dan memukul badan mangsa di taska milik keluarganya, minggu lalu. 

Tertuduh, Nabilah Md. Johan, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin. 

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan iaitu cikgu atau pengasuh menganiayai seorang bayi berusia 11 bulan dengan cara mencakar pipi sebelah kiri dan memukul badan mangsa menggunakan tangan. 

Tindakan itu didakwa dilakukan tertuduh antara pukul 5.30 hingga 5.45 petang di sebuah taska di Taman Seri Telok Emas dalam daerah Melaka Tengah pada 18 Mei lalu. 

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda yang tidak melebihi RM20,000 atau kedua-dua sekali mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Sivashangari mencadangkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan mengambil kira pertuduhan dikenakan terhadap tertuduh membabitkan kesalahan serius.

Peguam Ab. Kadir Ismail yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon jumlah itu dikurangkan dengan menyifatkan ia tidak munasabah, selain jaminan dilakukan oleh ibu tertuduh yang juga merupakan pemilik taska berkenaan.

Selepas mendengar hujah kedua pihak, mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM8,000 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 23 Jun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya