Penerbangan lewat jangan jadi budaya

Penerbangan lewat jangan jadi budaya – Ka Siong

WEE Ka Siong (tengah) beramah mesra bersama penerima selepas menyampaikan sijil apresiasi pada Majlis Sambutan Hari Raya dan Apresiasi 76 Tahun JPJ di Putrajaya di sini, hari ini. -UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Syarikat penerbangan tempatan diingatkan supaya tidak menjadikan isu kelewatan penerbangan sebagai satu ‘budaya’ mengundang kritikan dan kecaman pengguna.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, beliau bimbang jika isu itu berlarutan ia mungkin boleh menjejaskan reputasi syarikat penerbangan itu sendiri. 

Justeru, beliau mahu syarikat penerbangan melihat semula jadual penerbangan masing-masing selain memaklumkan lebih awal kepada penumpang jika berlaku kelewatan. 

“Saya minta mereka supaya segera meningkatkan hubungan komunikasi dengan pelanggan dengan maklumkan lebih awal penjadualan semula penerbangan. 

“Kalau pengguna dimaklumkan awal mengenai kelewatan penerbangan maka, ia tidak akan menjejaskan urusan pengguna itu sendiri,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), hari ini.

Katanya, beliau turut menasihatkan syarikat penerbangan supaya tidak mengambil mudah rungutan pelanggan sehingga menyebabkan pelanggan menunggu lama di lapangan terbang. 

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) semalam mendedahkan sejumlah 495 penerbangan atau lapan peratus daripada lebih 6,000 penerbangan telah mencatat penundaan penerbangan melebihi satu jam sepanjang tempoh perjalanan Hari Raya Aidilftri dari 29 April hingga 9 Mei lalu. 

Menurut MAVCOM lagi, pihaknya akan melakukan siasatan mengenai perkara itu berdasarkan data yang dikemukakan oleh syarikat penerbangan dan pengendali lapangan terbang.

Siasatan awal mendedahkan AirAsia merekodkan 368 penundaan penerbangan melebihi satu jam diikuti Malaysia Airlines (44 penerbangan), MASwings (64 penerbangan), Firefly (15 penerbangan),  Batik Air (empat penerbangan).  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya