Pemilihan PKR 2022: Kurang 10%  mengundi  - Utusan Malaysia

Pemilihan PKR 2022: Kurang 10%  mengundi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Jumlah ahli parti yang  mengundi secara fizikal dan maya pada Pemilihan PKR 2022 yang memasuki hari kelapan semalam masih rendah iaitu kurang 10 peratus.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Dr Zaliha Mustafa berkata, PKR mempunyai 1,118,423 ahli yang layak mengundi namun setakat ini hanya 87,199 atau  7.8 peratus yang telah mengundi. 

Menurut beliau, setakat ini, ramai anggota memilih untuk melaksanakan tanggungjawab secara maya berbanding membuang undi secara fizikal  di pusat undian.

“Undi fizikal tidak mendapat begitu banyak sambutan iaitu setakat ini hanya 20,813 yang telah keluar mengundi. Manakala, 64,314 anggota telah mengambil bahagian untuk pengundian dalam talian,” kata beliau.

Tahun lalu pemilihan parti itu ditangguhkan sebelum perlu diadakan  selewat-lewatnya pada Jun 2023.

Kali terakhir pemilihan PKR dibuat pada September 2018 dengan 76 jawatan dipertandingkan di peringkat pusat dan 10,212 jawatan lagi membabitkan persaingan di peringkat cabang seluruh  negara.

Menurut Zaleha, pemilihan pada kali ini banyak lalui penambahbaikan berbanding pemilihan yang lalu malah tidak berlaku kekacauan seperti mana yang berlaku pada 2018.

“Kali ini situasi lebih tenang dan anggota PKR jelas menunjukkan sikap persaingan yang sihat dan matang. Mungkin berlaku di satu dua cabang tetapi tidaklah seperti yang pernah berlaku dulu.

“Kita berharap keadaan kekal seperti ini. Pemilihan kali ini juga melibatkan lantikan pengawas di pusat undian yang bukan anggota parti PKR supaya tiada konflik berkaitan berat sebelah dan sebagainya,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya