Pembangkang cadang lima jawatan kuasa pilihan dwipartisan DUN Johor

Pembangkang cadang lima jawatan kuasa pilihan dwipartisan DUN Johor

LIEW CHIN TONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pembangkang Johor mencadangkan lima jawatan kuasa pilihan dwipartisan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor untuk membawa negeri itu bergerak maju dan memastikan kepentingan rakyatnya sentiasa diutamakan.

Ketua Pembangkang DUN Johor, Liew Chin Tong berkata, beliau telah menulis surat kepada Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi bagi mewujudkan jawatan kuasa berkenaan.

ONN HAFIZ GHAZI

Beliau berkata, ???????????? ??????? ?????? ???? ????? ???????????? antara yang dicadangkan kerana ia penting kepada mana-mana kerajaan dan perkhidmatan awam.

“Semua amalan bersih dan baik yang dicadangkan oleh jawatan kuasa ini akan digunakan di semua agensi negeri, GLC negeri dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan tadbir urus yang berkesan, cekap dan bersih.

“Kedua adalah ???????????? ??????? ??????? ?????, ??????????? ?????? ??? ???? ?????? yang memberi kesan besar kepada semua. Banjir, cuaca panas dan bencana lain sentiasa memberi peringatan kepada kita bahawa tindakan menangani masalah iklim amat diperlukan sekarang. 

“Ia turut melibatkan usaha memastikan perancangan yang lebih baik untuk kawasan bandar dan luar bandar termasuk penyediaan infrastruktur, sistem pengangkutan awam, perumahan, penjagaan kebersihan dan penebatan banjir yang lebih baik,” katanya di sini, hari ini.

Chin Tong berkata, ???????????? ??????? ????????? ?????-????????? diperlukan untuk mengkaji isu-isu berkaitan hubungan kedua-dua pihak yang akan membantu kerajaan negeri menggubal idea dan dasar jangka panjang. 

Katanya, ia bagi membolehkan kerjasama antara rakyat, aliran barangan dan perkhidmatan serta peluang-peluang ekonomi antara Johor dan Singapura dibentuk.

“Singapura merupakan entiti yang penting kepada ekonomi dan kesejahteraan Johor berbanding negeri lain. Begitu juga dengan Johor yang diperlukan oleh Singapura bagi mendapatkan sumber-sumber yang tiada di negara itu,” katanya.

Bagi ???????????? ??????? ??????????? ??????????? ??? ????? ?????? pula, Chin Tong berkata, negara memerlukan sebuah Persekutuan yang memberi lebih banyak kuasa kepada negeri, termasuk dalam bidang kesihatan, pembangunan ekonomi dan pendidikan serta berkongsi hasil cukai pendapatan lebih tinggi yang dikutip di Johor. 

“Kerajaan Persekutuan tidak akan rugi jika ia berkongsi hasil cukai dengan kerajaan-kerajaan negeri dan dengan bertambahnya pembangunan ekonomi dan kutipan cukai, kedua-dua kerajaan mendapat faedah daripada hasil yang lebih besar,” katanya.

Untuk jawatan kuasa kelima iaitu ???????????? ??????? ??????? ??? ????????????? ?????? ?????, kata beliau, isu seperti menyediakan pekerjaan berkualiti dengan gaji yang lebih baik, krisis kos sara hidup, pengangguran anak muda, penambahbaikan teknologi dan inovasi memerlukan lebih tumpuan serta kerjasama dwipartisan.

“Jawatan kuasa-jawatan kuasa dwipartisan ini yang aktif dan berfungsi dapat memastikan wakil rakyat lebih berpengetahuan dan mahir dalam hal-hal dasar dan mampu memberi tumpuan serta menjadi cekap dalam bidang masing-masing. Ini akan dapat meningkatkan kualiti hujah serta perbahasan di dalam dan luar dewan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya