KEMAMAN: Seorang pekerja kilang besi keluli warga China ditemukan mati lemas ketika mandi-manda di Pantai Teluk Kalong di sini, semalam.
Mayat Cui Quiming, 37, ditemukan nelayan yang pulang menangkap ikan kira-kira 100 meter dari pantai pada pukul 7.30 malam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Mohd. Zailani Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa dikatakan mandi-manda bersama tujuh rakannya.
“Mangsa dipercayai hanyut bersama seorang rakannya, namun lelaki itu menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi pantai,” katanya hari ini.
Mohd. Zailani berkata, mangsa kemudian dibawa ke tepi pantai dan diberikan rawatan awal, namun disahkan meninggal dunia oleh kakitangan perubatan. – UTUSAN