Parti bergabung demi rakyat mungkin menang PRU-15 - Utusan Malaysia

Parti bergabung demi rakyat mungkin menang PRU-15

MUHYIDDIN Yassin ketika sidang akhbar selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran parti Gerakan Pulau Pinang di Juru Auto City, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Parti-parti politik yang sanggup bergabung serta sama-sama berusaha menyelesaikan masalah rakyat dengan mengambil kira kepentingan negara melebihi kuasa mungkin mendapat sokongan  majoriti rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tanpa menyebut nama parti-parti itu, Pengerusi Parti Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat ketika ini mungkin tidak begitu berminat dengan parti yang hanya memikirkan soal kemenangan atau mahukan kuasa.

Bagaimanapun, Muhyiddin enggan mengesahkan sama ada beliau bersetuju untuk membentuk kerajaan campuran jika berjaya memenangi PRU15.

“Sebenarnya, ia tidak semestinya gabungan politik macam BN (Barisan Nasional), PN dan PH (Pakatan Harapan), adakah semua parti itu boleh bergabung bersama? Susah nak jawab.

“Tapi kita kena fikir satu cara bagaimana untuk menghadapi keadaan ini. Dalam keadaan yang sama, saya secara peribadi juga tidak melihat kerajaan yang dipimpin oleh pemimpin ‘kleptokrat’ kembali berkuasa penuh dalam negara kerana ia akan mengundang masalah yang lebih besar,” katanya.

Kata Muhyiddin, jika penggabungan kuasa tidak wajar dielakkan kerana hanya cara itu  boleh membantu menstabilkan negara berbanding sekarang mungkin penggabungan perlu dilakukan.

“Yang penting, tidak ada satu pihak pun yang mempunyai majoriti yang mutlak. Itu mungkin satu daripada penyelesaian.

“Tapi kalau rakyat dah sokong satu parti ini, katalah Perikatan Nasional sebanyak 90 peratus, 55 peratus atau 60 peratuslah, maka gabungan PN dan parti lain yang sehaluan mungkin akan memberi kekuatan kepada kerajaan untuk menguruskan negara dalam keadaan lebih tersusun dan teratur sekali gus mengembalikan semula keyakinan rakyat,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya