Orang baharu pula- Ahmad Shabery Cheek

Orang baharu pula- Ahmad Shabery Cheek

AHMAD SHABERY CHEEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: “Orang baharu pula,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam catatan ringkas menerusi Facebooknya.

Beliau yang merupakan bekas Ahli Parlimen Kemaman menyatakan demikian dalam ruangan komen di laman Facebook rasmi miliknya hari ini. 

Ahmad Shabery berkata, peluang berkenaan perlu diberikan kepada orang lain untuk menjadi calon UMNO di Terengganu. 

“Orang baharu pula,” katanya ringkas ketika membalas pertanyaan seorang rakan Facebook. 

Terdahulu, Ahmad Shabery menulis hantaran mengenai tarikh bersejarah 9 Mei  yang menyaksikan genap empat tahun PRU-14 berlalu. 

Katanya, banyak memori yang terpahat dalam ingatan di samping pengajaran yang dipelajari sepanjang tempoh itu. 

Pada PRU-14, Ahmad Shabery yang mendapat 37,715 undi tewas kepada calon Pas, Alias Abd. Hamid. 

Beliau mula bertanding di Parlimen Kemaman sejak 2004 dan mempertahankan kerusi UMNO itu selama tiga penggal. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya