Olympic Day Fun Run: P. Pinang sasar 1,000 penyertaan

Olympic Day Fun Run: P. Pinang sasar 1,000 penyertaan

SOON LIP CHEE  (tengah) dalam sidang akhbar pengumuman acara Olympic Day Fun Run di Butterworth, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Pulau Pinang menyasarkan pembabitan sehingga 1,000 peserta daslam acara ‘Olympic Day Fun Run’ peringkat negeri yang dijadual berlangsung di sini pada 19 Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Soon Lip Chee berkata, sasaran itu dibuat susulan penyertaan menggalakkan diterima pada acara ‘Youth Run’ sempena Hari Belia peringkat negeri di Stadium Negeri Batu Kawan, minggu lepas selepas 400 peserta termasuk dari luar Pulau Pinang mengambil bahagian.

“Penganjuran ini (Olympic Day ‘Fun Run’) juga selari dengan objektif Karnival Olimpik Komuniti Pulau Pinang 2022 untuk mempromosi dan menyemai semangat Sukan Untuk Semua dalam masyarakat di negeri ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, acara yang julung kalinya diadakan sempena sambutan Hari Olimpik Sedunia pada 23 Jun itu terbuka kepada semua peringkat umur bermula dari usia tujuh tahun.

Katanya, yuran penyertaan ialah sebanyak RM35 dan setiap peserta menerima sehelai baju T, pingat bagi mereka yang berjaya menamatkan larian serta sijil penyertaan elektronik atau ‘e-certificate’.

“Acara akan berlangsung di Dataran Pemuda Merdeka di sini dengan melibatkan jarak larian sepanjang enam kilometer. Mereka yang berminat untuk mengambil bahagian boleh melayari laman sesawang berikut iaitu www.howei.com/event_details/olympicdayfunrun selewat-lewatnya 10 Jun ini,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya