Nelayan Pantai Kundor bakal dapat jeti konkrit

Nelayan Pantai Kundor bakal dapat jeti konkrit

KEADAAN struktur kayu di Jeti Nelayan Pantai Rombang, Tanjung Kling, Melaka yang uzur dan tidak selamat untuk digunakan. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Lebih 300 nelayan di Pantai Kundor di sini, boleh menarik nafas lega apabila empat jeti uzur di kawasan perairan itu dibaik pulih menggunakan struktur konkrit membabitkan kos RM200,000.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Tuminah Kadi berkata, kerja-kerja baik pulih mula dijalankan pada 30 Mei ini. 

Katanya, empat jeti yang dibaik pulih adalah Jeti Nelayan Pantai Puteri, Jeti Nelayan Pantai Jaring, Jeti Nelayan Pengkalan Perigi dan Jeti Nelayan Pantai Rombang. 

“Kalau ikutkan jeti sekarang ini struktur kayunya telah dimakan anai-anai, tak selamat dan kerana itu kita baik pulih melibatkan kos RM200,000. Tiang jeti itu akan dibina menggunakan konkrit tetapi sebahagiannya yang masih elok dikekalkan dengan kayu mengikut kesesuaian,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor, Tanjung Kling di sini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya