Nafas cadang kerajaan tubuh Lembaga Jagung Bijian - Utusan Malaysia

Nafas cadang kerajaan tubuh Lembaga Jagung Bijian

Bekalan jagung bijian perlu dupertingkatkab bagi menampung keperluan penghasilan makanan ternakan.-GMABR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Nafas cadang kerajaan tubuh Lembaga Jagung Bijian

ABDUL RAZAK IDRIS / pix

KUALA LANGAT: Kerajaan disaran menubuhkan Lembaga Jagung Bijian bagi mengatasi masalah kenaikan harga makanan ayam dan kebergantungan kepada import terhadap bahan tersebut.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Datuk Zamri Yaakob, dengan wujudnya lembaga tersebut kerajaan akan lebih fokus untuk menghasilkan tanaman jagung bijirin untuk makanan haiwan ternakan.

“Dahulu peladang pernah menanam jagung sebagai sebahagian daripada aktiviti pertanian yang boleh diniagakan, tetapi harga pasaran murah hingga menyebabkannya kurang mendapat sambutan..

“Namun sekarang harganya melambung sehingga RM1,800 satu tan dan menyebabkan kos pengeluaran meningkat, sewajarnya Lembaga Jagung Bijirin segera ditubuhkan untuk mengurangkan kebergantungan kepada import,” katanya ketika ditemui pada Majlis Aidilfitri Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat, hari ini.

Zamri berkata, pihaknya berharap usaha penanaman jagung bijirin besar-besaran boleh digerakkan segera dengan kerjasama kerajaan negeri.

“Kita memerlukan kerjasama kerajaan negeri kerana tanah adalah bidang kuasa mereka. Sebagai contoh di Pahang banyak tanah yang boleh dijadikan kawasan penanaman jagung bijirin.

“Usaha penanaman ini memerlukan perbelanjaan yang besar yang boleh dimasukkan dalam belanjawan tahun ini. Kita berharap Perdana Menteri mempertimbangkannya bagi memastikan bekalan ayam sehingga 60 juta ekor sebulan terus dipasarkan,” jelasnya. –UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya