Nad Zainal pandang serius isu body shaming

Nad Zainal kecewa bentuk fizikal seseorang dijadikan bahan jenaka

NAD ZAINAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon berkaliber, Nad Zainal menentang sekeras-kerasnya pihak yang tidak pernah serik melakukan body shaming terhadap orang lain.

Dia menzahirkan rasa kecewa kerana sehingga kini ada segelintir pihak masih menjadikan fizikal seseorang itu sebagai bahan bualan atau jenaka.

“Bukan artis sahaja malah orang biasa pun sering terima. Agak kecewa apabila perkara berkaitan fizikal ini diperbual.

“Jika tidak nampak perkara yang kurang baik pun, cukuplah dalam hati kita sahaja yang nak bercakap.

“Tetapi sehingga nak menulis dalam media sosial, kita perlu fikir balik seandainya ia terjadi kepada diri atau keluarga kita,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pelakon drama Dendam Seorang Isteri Itu berkata, sebaik-baiknya berfikir dahulu sebelum meluahkan sesuatu yang negatif sehingga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah mental.

“Gembira tak jika orang lain bercerita negatif terhadap keluarga kita. Tak kan? Fikir dahulu sebelum lakukan atau bercakap.

“Ini kerana, perkara ini boleh membawa kepada masalah mental terhadap seseorang yang kerap kali kena body shaming,” katanya.

Dalam pada itu, Nad mendedahkan dirinya pernah berada dalam situasi body shaming, kerana faktor ketinggian.

Dia bagaimanapun tidak mengambil pusing dengan kata-kata tersebut kerana mengakui sendiri bentuk tubuh badannya yang kecil berbanding orang lain.

“Ketinggian saya tidak cukup dan rendah. Saya terima perkara itu sebaiknya.

“Tiada masalah orang nak cakap saya ‘katek’ atau ‘ketot’ sekalipun, saya akui memang kecil. Okey sahajalah, tiada masalah,” katanya.

Tambahnya, dia akur dengan saiz badannya seperti itu kerana mengikut genetik bapanya.

“Bagaimanapun, nak motivasikan diri pun tidak boleh sangat kerana ia bukan gemuk boleh kurus atau sebagainya.

“Saya dah memang seperti ini. Ketinggian saya mengikut genetik daripada bapa. Tiada apa yang boleh diubah,” tuturnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya