Mujahid sedia pertahan Parlimen Parit Buntar - Utusan Malaysia

Mujahid sedia pertahan Parlimen Parit Buntar

MUJAHID Rawa (kanan) pada majlis rumah terbuka Aidilfitri PH Perak di Parit Buntar hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR: Ahli  Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Mujahid Yusof sedia mempertahankan kerusi berkenaan jika diberi peluang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Naib Presiden Amanah itu berkata, jika dikekalkan bertanding, ia merupakan satu kelebihan kepada beliau.

“Ramai yang bertanya saya kekal bertanding atau tidak di Parlimen ini pada PRU15.

“Saya nyatakan terpulanglah kepada keputusan parti sama ada saya dikekalkan untuk bertanding di sini atau sebaliknya,” kata beliau pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Pakatan Harapan (PH) Perak di Simpang Tiga di sini hari ini.

Mengenai perbincangan kerusi Parlimen Tambun antara DAP dan PKR,  Mujahid berkata, rundingan berjalan dengan baik.

“Setakat ini perbincangan dalaman telah dilakukan di antara kedua belah pihak.

“Boleh dikatakan perbincangan mengenai perkara itu telah berjalan sekitar 80 peratus dan saya percaya hasil keputusannya akan diumumkan kelak,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang Perak, Dr. Abdul Aziz Bari menyatakan hasrat untuk bertanding di Parlimen Tambun.

Namun, Amanah dan PKR membantah hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi itu dan tidak akan memberi laluan kepada Abdul Aziz. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya