Motosikal dinaiki terbabas, remaja maut, rakan parah - Utusan Malaysia

Motosikal dinaiki terbabas, remaja maut, rakan parah

SEORANG remaja maut manakala rakannya pula parah dalam kejadian kemalangan motosikal di Jalan Keretapi Lama-Juasseh, Kuala Pilah malam tadi.-GAMBAR/ IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang remaja maut, manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki mereka terbabas di Jalan Keretapi Lama-Juasseh, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, penunggang motosikal, Muhammad Fareed Haikal Abd Shukor, 19, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya, Ahmad Uzair Aziz, 19, cedera parah.

Fareed Haikal sedang dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di sini.

Menurut beliau, siasatan mendapati, kemalangan berlaku semasa kedua-dua mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda dalam perjalanan dari Jemapoh menghala ke Juasseh Hilir.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, dipercayai penunggang motosikal hilang kawalan dan terbabas lalu tercampak ke laluan bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amran berkata, mayat mangsa maut diantar ke HTAN bagi proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya