Mohamad Ezam kini ahli Parti Berjasa - Utusan Malaysia

Mohamad Ezam kini ahli Parti Berjasa

MOHAMAD EZAM MOHD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pemimpin PKR, Datuk Mohamad Ezam Mohd. Nor sah menyertai dan menjadi ahli parti Berjasa berkuat kuasa 1 Mei lalu.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Berjasa, Ir. Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad dalam satu kenyataan semalam.

Menurut beliau, Berjasa mengucapkan syabas dan tahniah kepada Mohamad Ezam dan penyertaan pemimpin itu ternyata menjadi bualan ramai.

“Walaupun sebenarnya ia tidaklah begitu mengejutkan kerana Berjasa sememangnya telah mencatatkan peningkatan keahlian yang memberangsangkan sejak setahun lalu.

“Berjasa yang terkenal sebagai sebuah parti kepimpinan baharu yang menampilkan gaya politik berteraskan integriti, hikmah dan mempertahankan watan (tanah air) sentiasa terbuka dan berbesar hati menerima masuk mana-mana tokoh politik mahupun figura nasional yang bersetuju dengan agenda serta prinsip parti,” katanya.

Beliau memberitahu, Berjasa juga sentiasa terbuka dalam membentuk permuafakatan politik baharu yang lebih segar, sebagai penyelesaian kepada kemelut kredibiliti dan konflik kestabilan politik yang melanda negara disebabkan ketamakan parti-parti utama besar negara.

“Semoga dengan penyertaan Datuk Ezam akan dapat merancakkan lagi gerak kerja parti terutama menjelang PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15) akan datang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya