Mohamad Ali nafi Sulaiman dipaksa letak jawatan Ketua Menteri - Utusan Malaysia

Mohamad Ali nafi Sulaiman dipaksa letak jawatan Ketua Menteri

SULAIMAN MD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Khabar angin yang mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali dipaksa menandatangani surat peletakan jawatan sebagai Ketua Menteri dalam masa terdekat, dianggap sengaja diadakan pihak tidak bertanggungjawab.

Kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, lima ketua bahagian di negeri ini sebulat suara mempertahankan Sulaiman terus kekal memegang jawatan tersebut sehingga habis penggal.

Beliau berkata, lima ketua bahagian itu adalah Jasin, Alor Gajah, Tangga Batu, Hang Tuah Jaya dan Kota Melaka.

Tegasnya, perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, pucuk pimpinan UMNO dan semua ketua bahagian telah bersetuju meletakkan Sulaiman sebagai teraju negeri ini.

MOHAMAD Ali Mohamad pada sidang akhbar ketika Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Sungai Udang dan Parlimen Tangga Batu di Japerun Sungai Udang, Melaka. – UTUSAN/AMRAN MULUP

“Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan telah menegaskan sebelum ini tidak ada Ketua Menteri sementara dan tidak ada orang akan menggantikan Sulaiman.

“Kita mengharapkan beliau akan terus memegang jawatan sebagai Ketua Menteri sehingga habis penggal. Ini adalah pendirian saya dan seluruh ketua bahagian.

“Saya harap selepas ini tidak akan timbul desas-desus yang mengatakan ada orang akan menggantikan Sulaiman seperti mana dilaporkan sebuah portal,” katanya dalam sidang akhbar pada Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dan Parlimen Tangga Batu di sini, malam tadi.

Mohamad Ali berkata, beliau sendiri akan ke hadapan menentang, jika benar terdapat kumpulan yang berhasrat menyingkirkan Ketua Menteri Ke-13 itu.

Menurutnya, ini kerana asas pelantikan seseorang ke jawatan berkenaan adalah atas persetujuan Presiden UMNO sebelum dipersembah dan diperkenankan Yang Dipertua Negeri.

“Tidak ada sesiapa pun boleh mencalonkan dirinya ataupun jawatan Ketua Menteri yang ada diberikan kepada orang lain sebelum habis penggal,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya