MN: Pembahagian kerusi selesai sebelum PN ditubuhkan - Noh - Utusan Malaysia

MN: Pembahagian kerusi selesai sebelum PN ditubuhkan – Noh

NOH Omar (tiga kiri) dan Ahmad Yunus Hairi (dua kiri) menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Parlimen Tanjong Karang di Kuala Selangor, Selangor, hari ini. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Pembahagian kerusi antara UMNO dan Pas di bawah gabungan Muafakat Nasional (MN) di negeri ini didakwa selesai sebelum Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan.

Bagaimanapun, jumlah pembahagian kerusi antara kedua-dua parti menerusi gabungan tersebut tidak didedahkan.

Menurut Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, MN sebagai pembangkang di negeri ini mempunyai gerak kerja tersendiri dan pembahagian kerusi itu akan didedahkan nanti.

“Berapa jumlah kerusi antara UMNO dan Pas di bawah MN akan diumumkan apabila tiba masanya. Kedua-dua pihak telah berbincang tentang pembahagian kerusi sejak sebelum PN ditubuhkan.

“Sebagai pembangkang sama ada di bawah MN atau sebaliknya, formulanya kedua-dua pihak jangan bertembung sesama sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita ketika menghadiri Sambutan Aidilfitri Parlimen Tanjong Karang di Padang Astaka hari ini.

Yang hadir sama ialah Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr.Ahmad Yunus Hairi.

Noh menjelaskan, perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dari semasa ke semasa bagi memantapkan agenda MN di negeri ini.

Sementara itu Ahmad Yunus menambah, Pas Selangor tetap istiqamah dengan kerjasama parti tersebut di bawah MN atas kesedaran hanya itu cara untuk menumbangkan Pakatan Harapan (PH).

“Pas dan UMNO sentiasa bersama bagi menjayakan agenda menumbangkan PH namun bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya