Michael Ang mengamuk dengan pelakon baharu

Michael Ang mengamuk dengan pelakon baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah terkenal, Michael Ang meluahkan rasa kecewa dengan masalah disiplin segelintir pelakon baharu yang sering datang lewat ke set penggambaran.

Michael menerusi kenyataan yang dikongsikan di akaun Instagram miliknya menasihatkan pendatang baharu agar melupakan hasrat mereka untuk menjadi pelakon jika sikap tersebut tidak dapat diperbaiki.

“Salam semua. Maaf saya mengamuk. Tapi saya perlu cakap pasal perkara ini. Nak jadi artis bukan kerja yang senang!

“Kalau perangai macam ini, baik kau duduk sahaja kat Terengganu itu,” luahnya.

Begitu pun, Michael tidak mendedahkan siapakah pelakon yang dikatakan itu.

“Tak payah tanya saya siapa. Biarlah dia. Tapi bila drama ini ditayangkan kamu semua dah boleh agak siapa pelakon itu,” katanya.

Jelas pengarah itu lagi, untuk bergelar pelakon tidak semudah yang difikirkan dan semuanya bermula daripada kosong.

“Pelakon baharu memang sekarang ini macam pet pet kan? Nak sangat glamor. Kau ingat masuk-masuk industri kau terus jadi hero dan nak orang layan kau macam hero Malaya?

“Memang tidaklah bodoh. Semua orang bermula dari bawah. Suka hati mak bapa kau nak tak nak datang ke set penggambaran.

“Berlakon pun entah macam apa saja. Memang kau tidak akan ke mana-mana walaupun ada pihak pengurusan yang menjaga kau!,” katanya.

Menerusi pemerhatian Utusan Malaysia, pengarah Shahrulezad Mohameddin atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat memohon pencerahan kerana tidak mahu menerima nasib sama seperti Michael.

“Private Message senang aku nak kemas kini senarai artis yang tidak akan akan dicadangkan di stesen. Takut terkena dekat aku pula nanti,” komennya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya