MCA nafi lebih 150 ahli masuk Bersatu

MCA nafi lebih 150 ahli masuk Bersatu

SIEW Chee Yong (tengah) menunjukan salinan laporan polis susulan dakwaan sebuah akhbar kononnya lebih 150 ahli MCA Terengganu keluar parti dan menyertai Bersatu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: MCA Terengganu menafikan dakwaan lebih 150 ahlinya termasuk ahli jawatankuasa (AJK) keluar parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ketua MCA Kuala Terengganu, Siew Chee Yong berkata, sehingga kini tiada sebarang surat penarikan diri dan peletakan jawatan diterima parti itu.

Sehubungan itu, katanya, satu laporan polis sudah dibuat berhubung kenyataan yang disiarkan dalam sebuah akhbar, kelmarin.

“Kita memberi tempoh tujuh hari bermula hari ini kepada individu terlibat untuk tampil membuktikan kononnya ahli-ahli MCA keluar parti.

“MCA Kuala Terengganu tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika pihak berkenaan gagal berbuat demikian dalam tempoh ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, sebuah akhbar melaporkan kumpulan yang diketuai peniaga, Lim Chew Sieng, 45, menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Bersatu negeri, Datuk Razali Idris.

Chee Yong berkata, walaupun MCA gagal mempertahan kerusi tunggal mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), namun aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan tetap diteruskan hingga kini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya